Selasa, 30 Mac 2010

Segalanya Bermula Di sini


Bermula dengan Penyertaan Kayuhan Cergas & Amal anjuran Hotel Putra palace
pada hari Sabtu 20 Februari 2010. Ini kiranya kayuhan yang kedua...........
Peserta: En. Mansor Lat (Pengarah JPNPs), En. Nuzrin Nuiman (K/S SPK), En. Ishak Din (K/U PKK), En. Rosli Osman (K/U Sukan), En. Azran Mohamad (PPI PKK), En. Rahim b. Mohamed (PPKJ PKK), En. Azhar b Hassan ( PKJ PKK) serta beberapa orang jurulatih Pusat Kokurikulum Perlis........... En. Mohd Akhir Johari, En. Anuwar b. Md Din, Khairudin Abd Manaf
Kayuhan sejauh 30 Km bermula dari Hotel putra Palace melalui Tasik Melati & singgah diRumah Bakti Jejawi & balik ke Putra Palace.


Kayuhan Pertama................
Kayuhan pertama pada 19 Februari 2010 jam 5.00 petang iaitu sehari sebelum Kayuhan Cergas & Amal anjuran Putra Palce. Kayuhan ini merupakan latihan untuk menyertai Kayuhan Cergas & Amal anjuran Purta Palace. Bermula dari Pusat Kokurikulum Perlis melalui kampung Wang Mu, Gua Ikan, Kampung Tasuh & kembali ke Pusat Kokurikulum sejauh 16 Km.

Kayuhan Ketiga......
Bermula dari Pusat Kokurikulum melalui Kampung Tasuh, Jalan Sahabat,
Titi Tinggi dan balik semula ke Pusat Kokurikulum melalui Lorong embun sejauh 26 km
Kayuhan Keempat..........
Dry run kayuhan merentas sempadan: Bermula dari Pusat Kokurikulum melalui Singai Seran ke Bukit Ayer dan balik ke Pusat Kokurikulum melalui jalan dusun sejauh 37 km. Kayuhan kali ini bertujuan mengenalpasti kekuatan, kelemahan serta penambahbaikan yang perlu sebelum kayuhan merentas sempadan. Disamping mengenalpasti tahap kecergasan dan kesediaan peserta untuk kayuhan yang jauh serta banyak halangan dan cabaran. Hmm............... ada yang tarik diri selepas dry run ni. Kayuhan ini juga menjadi panduan persiapan mental &b fizikal kepada jurulatih PKK yang akan menjalankan peranan sebagai RP, first rider, bantu mula, ajk makanan, lojistik dll................. dengan harapan kayuhan merentas sempadan dapat berjalan lancar. Segala-galanya amat berharga kepada penyelaras program @ "pegawai meja"
Kayuhan keLima.............
Dari Pusat Kokurikulum ke Kaki Bukit, mendaki....... & balik ke Pusat Kokurikulum melalui Felcra Lubuk Sireh sebagai p&p teknik mendaki juga persediaan akhir untuk kayuhan merentas sempadan. Objektif kayuhan adalah supaya peserta dapat menguasai kemahiran kayuhan mendaki dan menuruni bukit. Em.................. tumpuan minda masing-masing adalah cabaran "Bukit Tiga Beradik"
Seterusnya............ "Cross Border Ride 2010"
Dari Wang Kelian ke Pakbara...............73 km
Jumaat 19 Mac 2010:
7.00 pg: *Pendaftaran di PKK *pesiapan lojistik dan keperluan lain *Beskal naik lori
8.10 pg *Bertolak ke Wang Kelian (dengan bas) *Tiba di Wang Kelian jam 8.30 pg. Urusan pas perjalanan dll. *Disambut oleh Timbalan Pengarah Pelajaran Wilayah Satun, pegawai pelajaran wilayah Satun dan ahli Kelab Kayuhan Satun*Kayuhan dilepaskan oleh Timbalan Pengarah Pelajaran Wilayah Satun jam 9.30 pg
12.15 th *Tiba di Masjid Tapei Hulu(Malaysia) *Makan tengahari*Penyampaian sumbangan kepada Masjid Tapei*Solat Jumaat*sambung kayuhan jam 2.30 petang ( jam Malaysia le...)
4.30 ptg *semua peserta tiba di Lanka Beach Resort..... ada welcome drink
8.00mlm * makan malam (BBQ) dengan dihadiri oleh timbalan Pengarah Pelajaran Wilayah
Satun dan pegawai*Santai
Sabtu 20 mac 2010
7.00 pg *Perhimpunan pagi, lagu Kebangsaan dan senaman pagi*Sarapan
9.00 pg *kayuhan sekitar Pakbara
12.00 th *Makan tengahari
2.00 ptg *Rekreasi: Kayak, ATV (diuruskan oleh JPN Satun)
8.00 mlm *Jamuan makan malam & sambutan Hari Jadi Tuan Pengarah
Ahad 21 Mac 2010
6.30 pg *Persiapan untuk pulang*Sarapan
8.00 pg *Mula Kayuhan Pulang
12.30 th * Tiba di Taman Negara Teleban*Makan tengahari
2.00 ptg *Sambung kayuh ke Wang Kelian semua tiba jam 2.30 ptg*Bertolak ke PKK jam 3.00 ptg*Majlis penutup, penyampaian sijil & perpisahan jam 4.00 ptg