Ahad, 18 April 2010

Lawatan Kayuh Santai (3)

Lawatan Kayuh Santai hari ini, Ahad 18 April 2010 disetai oleh 25 orang peserta. Bermula dari PKK pada jam 8.40 pg melalui Kampung Wang Mu ke SJK(C) Kong Hwa Kaki Bukit, SMK Raja Puan Muda Tengku Fauziah, SK Lubuk Sireh, SK Titi Tinggi dan balik ke PKK. Jarak kayuhan kali ini 32 km. Kayuhan bertambah meriah apabila disertai 49 orang peserta Perkhemahan Pendidikan Luar Sekolah Menengah yang berbasikal pulang dari Bukit Jernih ke PKK


Isnin, 12 April 2010

Lawatan Kayuh Santai (2)

Kayuhan Santai juga Lawatan (2) kali ini berjalan lancar dengan penyertaan diluar jangkaan iaitu seramai 37 orang termasuk Tuan Pengarah & Timbalan Pengarah Pelajaran Perlis. Bermula dari Dataran Lestari JPN pada jam 8.30 pagi ke SMK Panggau, ke SK Kuala Perlis, SMK Kuala Perlis, SK Sungai Berembang, Sekolah Agama Al-Islahiah (Men & Ren), SK Behor Mali, SK Titi Tok Bandar, SMK Dato Ali Ahmad dan balik ke JPN pada jam 12.00 tengahari. Jarak kayuhan 45 km. Tahniah

Jumaat, 9 April 2010

Lawatan Kayuh Santai (1)



Sebagai melaksanakan hasrat Tuan Pengarah JPNPs untuk berbasikal bagi melawat semua sekolah di Perlis. Hari ni......... 9 April dimulakan dengan kayuhan sejauh 10 km bermula dari JPN pada jam 6.15 petang. Sekolah yang sempat dilawati...:- SMK Syed Hassan, SM Vokasional Kangar, SK Seri Indera, SK Kg Salang dan SMK Behor Empiang.

Ahad, 4 April 2010

Kayuh Santai: 4 April 2010 - Bukit Jernih





Kayuhan bermula dari PKK jam 8.30 pg melalui Kg Tasuh, Jalan Sahabat, Bukit Cabang, Menara Pandang Ladang Tebu, Bukit Jernih ( siap makan cendol), singgah kat rumah Cikgu Hambali & balik ke PKK melalui kg lembah Biak. Jarak.............43 KM . Peserta: 13 orang

Kayuh Santai: 27 Mac 2010- Bukit Air



Kayuh santai kali ni bermula dari JPN melalui Behor Empiang, Simpang Empat Abi, menyusuri tepi Sungai Seran & mendaki be Bukit Air. Balik semula ke JPN melalui jalan kampung Nesam. Jarak................ 37 KM

LAGI GAMBAQ CBR 2010








Tak dan nak bubuh lg............