Sabtu, 9 Oktober 2010

Kayuh: JPN-Changlun-Malau & Mesra Raya Rumah Tuan Pengarah

Tarikh: 9 Oktober 2010
Mula: Jam 8.00 pagi dari JPN Perlis
Perseta: 22 orang bermula dari JPN Perlis & tambahan 7 orang di Changlun
Laluan: JPN-Arau-Kodiang-Changlun-Malau (Melalui Kampung Darat)
Jarak: 54 KM
Tiba: 11.45 Tengahari
Ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada Tuan Pengarah yang sudi menjemput & menerima peserta kayuhan beserta juadah yang istimewa.
Penghargaan juga kepada unit Kokurikulum, Unit Sukan & Pusat Kokurikulum yang menyumbang tenaga & material.
TAHNIAH kepada rakan-rakan yang kayuh pi & balik




Sabtu, 10 Julai 2010

KAYUH SANTAI 10 JULAI 2010

Peserta: 20 orang
Laluan: PKK - SK Beseri, SK Seri Tujong, SMK Tengku Sulaiman, SRI 1, SMK Dato' Jaafar Hassan, SK Bukit Ketri, Gua Kelam & balik ke PKK.
Jarak: 60 KM

Rabu, 9 Jun 2010

KAYUHAN "TEAM BUILDING" - PKK PERLIS, KEDAH , P.PINANG

Tarikh: 31 Mei hingga 2 Jun 2010
Peserta: 20 orang
Jarak: 180 km ( Kangar- Pkk Kedah: 114 km, Pkk Kedah-Pkk Penang 66 km)

31 Mei 2010 (ISNIN): Bertolak dari JPN Perlis jam 8.15 pg

Akan dikemaskini kemudian........................

Ahad, 30 Mei 2010

Kayuh Santai (6)- 29 Mei 2010

Peserta: 13 orang. Jarak laluan: 40.5 km bermula dari JPN melalui Tok Peduka, Alur Redis, Pauh dan balik je JPN. Merupakan persediaan untuk kayuhan ke PKK Kedah dan PKK Pulau Pinang pada 31 Mei 2010.

Selasa, 11 Mei 2010

Lawatan Kayuh Santai (5) - 9 Mei 2010



Kayuh Santai kali ni sejauh 33 km bermula dari PKK jam 5.30 ptg ke SK Padang Melangit dan ke SK Guar Jentik dan balik ke PKK jam 7.30 malam. Peserta seramai 23 orang termasuk 2 orang pemimpin pengakap dari Satun, Thailand dan 2 orang pengakap kelana

Sabtu, 1 Mei 2010

Lawatan Kayuh Santai (4)









Kayuh Santai Kali ni pada hari Sabtu 1 Mei 2010 disertai oleh 33 orang. Jarak kayuhan: 43 Km. Mula dari JPNPs pada jam 8.30 pagi ke SK Utan Aji melalui Kg Kubang Nyior, SK Ujung Batu, SK Long Boh, SMK Arau, SK Arau, Sekolah AL-MAAD, Sekolah Tengku Budriah, SMK Dato Sheih Ahmad, SK Kubang Gajah, SMK Syed Sirajuddin, SK Jejawi dan pulang ke JPNPs

Ahad, 18 April 2010

Lawatan Kayuh Santai (3)

Lawatan Kayuh Santai hari ini, Ahad 18 April 2010 disetai oleh 25 orang peserta. Bermula dari PKK pada jam 8.40 pg melalui Kampung Wang Mu ke SJK(C) Kong Hwa Kaki Bukit, SMK Raja Puan Muda Tengku Fauziah, SK Lubuk Sireh, SK Titi Tinggi dan balik ke PKK. Jarak kayuhan kali ini 32 km. Kayuhan bertambah meriah apabila disertai 49 orang peserta Perkhemahan Pendidikan Luar Sekolah Menengah yang berbasikal pulang dari Bukit Jernih ke PKK


Isnin, 12 April 2010

Lawatan Kayuh Santai (2)

Kayuhan Santai juga Lawatan (2) kali ini berjalan lancar dengan penyertaan diluar jangkaan iaitu seramai 37 orang termasuk Tuan Pengarah & Timbalan Pengarah Pelajaran Perlis. Bermula dari Dataran Lestari JPN pada jam 8.30 pagi ke SMK Panggau, ke SK Kuala Perlis, SMK Kuala Perlis, SK Sungai Berembang, Sekolah Agama Al-Islahiah (Men & Ren), SK Behor Mali, SK Titi Tok Bandar, SMK Dato Ali Ahmad dan balik ke JPN pada jam 12.00 tengahari. Jarak kayuhan 45 km. Tahniah